Dormitori boleh memuatkan lapan sehingga sembilan pengunjung dengan selesa. Boleh sahaja untuk menempatkan lebih ramai pengunjung dengan tambahan tilam yang turut kami sediakan dengan permintaan. Terdapat dua tandas dan dua bilik air, lantai vinyl kayu, berlangsir, dilengkapi penghawa dingin, televisyen berkualiti digital, shower dan pemanas air. Yang lebih menarik ialah dormitori ini terletak bersebelahan dengan kolam renang keluarga dan kafeteria. Pihak kami juga menyediakan sudut BBQ bagi yang ingin memenuhkan aktiviti petang dan malam dengan membakar ikan, daging, udang atau sotong-khususnya musim mencandat sotong. Jadi, abang-abang mat motor, pelajar universiti yang ingin menghabiskan cuti semester, atau keluarga besar yang mahu merapatkan hubungan silaturrahim sambil bercuti, maka jangan buang masa, tempahlah sekarang kerana inap kontena (container homestay) Sand Dune Villa sering penuh pada waktu cuti atau pada hujung minggu.