Wish List Product Comparison My Account Checkout Register Login
MYR
  • MYR

Shopping Cart

0 item(s) RM0.00
Your shopping cart is empty!
Dive Buddy Online Store
Menu
  • Home
  • Products
    • Education
    • Equipment
    • Experience
    • Environment
    • Lifestyles
  • Swim School
    • Parent & child swim lesson
    • Pre-School Age Kids Swim Lessons
    • School Age Kids Swim Lessons
    • Teens & Adults Swim Lessons
    • Group Swim Lessons
    • Private Swim Lessons
    • Muslimah/Woman Swim Lessons
  • Promotions
  • Latest
  • Featured
  • Customer Service
    • About Us
    • FAQ
    • Privacy Policy
    • Return & Refund Policy
    • Terms & Conditions
    • Contact Us
Home » Experience » Sand Dune Villa

Sand Dune Villa

Sand Dune Villa

KENAPA SAND DUNE PATUT MENJADI PLIHAN PERCUTIAN ANDA SEKELUARGA?

 

SAND Dune Villa ialah `rumah kedua’ anda yang bertema inap kontena (container homestay) terletak perkampungan nelayan di Benting Lintang, Besut, Terengganu.

 

 

Bagi mengekalkan eksklusiviti pengunjung, kami tidak membuka banyak bilik bagi memastikan ketenangan dan keselesaan.

  • Terdapat dua saiz kontena yang digunakan iaitu 20’ panjang x 8’ lebar x 8.6’ tinggi dan sebuah lagi ialah 40’ panjang x 8.6’ lebar x 8.6’ tinggi.
  • Kemudahan dormitori dan kafetaria menggunakan kontena 40’ tinggi x 8’ lebar dan 8.6 ‘ tinggi.

 

Penginapan Deluxe dan Standard Famili

  • Terdapat empat penginapan Deluxe dan satu penginapan Standard Keluarga.
  • Lima kontena bersaiz 20 kaki x 8 kaki diubah suai secara eksklusif menjadi penginapan Delux dan Standard Keluarga.

 

PENGINAPAN DELUXE

  • Penginapan Deluxe merupakan yang paling istimewa kerana di atasnya dibangunkan anjung tinjau berlantai papan untuk melihat keindahan pemandangan di sekeliling secara bird-eye-view.
  • Dari anjung tinjau, pengunjung boleh bersantai atau melihat keindahan suasana pantai dan sungai sambil menghirup udara segar.
  • Bagi yang berjiwa adventureous, anda dan rakan-rak an mungkin terfikir untuk bermalam di anjung tinjau sambil melihat bintang-bintang bertaburan di langit, sambil dihembus dengan angindari pantai.
  • Penginapan Deluxe ini dilengkapi dengan katil bersaiz Queen berlapis ( cadar, selimut tebal, bed protector), lantai vinyl bercorak kayu, televisyen digital, pemanas air, shower, penyangkut baju, coffe chair untuk berdua serta peti sejuk.
  • Keluarga besar atau yang datang dengan rakan-rakan, kami menyediakan penginapan jenis dorm yang boleh memuatkan sehingga sembilan orang.

 

DORMITORI

  • Boleh sahaja untuk menempatkan lebih ramai pengunjung dengan tambahan tilam yang turut kami sediakan dengan permintaan.
  • Dormitori boleh memuatkan sehingga 10 tetamu
  • Terdapat dua tandas dan dua bilik air, lantai vinyl kayu, berlangsir, dilengkapi penghawa dingin, televisyen berkualiti digital, shower dan pemanas air.
  • Yang lebih menarik ialah dormitori ini terletak bersebelahan dengan kolam renang keluarga dan kafeteria.
  • Pihak kami juga menyediakan sudut BBQ bagi yang ingin memenuhkan aktiviti petang dan malam dengan membakar ikan, daging, udang atau sotong-khususnya musim mencandat sotong.

 

Jadi, abang-abang mat motor, pelajar universiti yang ingin menghabiskan cuti semester, atau keluarga besar yang mahu merapatkan hubungan silaturrahim sambil bercuti, maka jangan buang masa, tempahlah sekarang kerana inap kontena (container homestay) Sand Dune Villa sering penuh pada waktu cuti atau pada hujung minggu.

 

KAFETERIA

  • Kafeteria pula boleh memuatkan sehingga 12 kerusi pada satu-satu masa.
  • Pihak kami menyediakan sarapan pagi yang standard iaitu kopi, teh dan fresh orange – dengan bonus cita rasa tempatan seperti keropok lekor, atau sekali-sekala, kami akan menghidangkan nasi berlauk, nasi dagang atau kerabu yang eksotik.
  • Selain sarapan pagi, kami juga menjual makanan segera serta air minuman berperisa. Jika chef kami berkelapangan, pengunjung boleh memesan beberapa jenis mee seperti mee bandung udang dari bilik masing-masing atau bersantai-santai di kafeteria – atau di sebelah kolam renang!

 

KOLAM RENANG

 

KOLAM renang menjadi pusat kepada semua penginapan. Kolam renang di muka pintu penginapan anda!

  • Kolam renang bersaiz keluarga merupakan tarikan utama kerana ia menjadi pusat kepada semua jenis penginapan yang mengelilinginya.

Keluar dari penginapan masing-masing dan boleh terus terjun ke dalam kolam!

  • Dua jenis kolam disediakan iaitu untuk kanak-kanak dan dewasa.
  • Kami juga menyediakan kolam mandi fiberglass untuk bayi yang baru bertatih, bergantung kepada permintaan.

 

JETI

 

Keindahan panorama yang mengasyikkan umpama anda sedang menyaksikan sekeping poskad!

  • Kaki pancing bolehlah mencuba nasib di jeti ketika air pasang.
  • Anda akan terpersona melihat lambaian pepohon kelapa, aktiviti nelayan, sampan yang berlabuh di gigi air sungai.

 

LAUTAN

 

Bawa keluarga bemain pasir. Namun keselamatan mesti diutamakan!

 

TENGKUJUH DAN KAKI TIDUR

 

Mendengar dentuman angin dan raungan ombak Lautan China Selatan ialah satu fenomena yang sensasi bagi yang pertama kali mahu berteman tengkujuh.

Inilah pakej pilihan sendiri, khususnya yang tidak pernah merasai suasana Pantai Timur ketika musim tengkujuh. Bagi kaki tidur… inilah waktunya berhibernasi di dalam kontena!

 

KAKI PANCING

 

Bagi kaki pancing, kami juga ada menyediakan peralatan memancing serta umpan tiruan.

Terdapat kawasan memancing di sekitar inap kontena, sama ada di jeti kami, atau boleh cruise sepanjang sungai Benting Lintang untuk mencabar skil anda!

 

BBQ

 

Kami menyediakan tapak BBQ di setiap kontena. Jika stok masih ada, kayu arang boleh didapati di kedai runcit kampung.

Lebih baik bawa kayu arang sendiri kerana dikhuatiri kehabisan stok arang di kedai.

 

CRUISE SUNGAI

 

Terdapat dua bentuk cruise sungai, sama ada:

  • Individu dan kumpulan kecil
  • Berkumpulan

 

 

Display: List / Grid
Show:
Sort By:
Product Compare (0)
DELUXE CABIN
DELUXE CABIN
RM180.00
Based on 0 reviews.
Add to Wish List
Add to Compare
Dormitory cabin room
Dormitory cabin room
RM280.00
Based on 0 reviews.
Add to Wish List
Add to Compare
FAMILY CABIN
FAMILY CABIN
RM200.00
Based on 0 reviews.
Add to Wish List
Add to Compare
PAKEJ PENGINAPAN DAN CANDAT SOTONG
RM0.00
Based on 0 reviews.
Add to Wish List
Add to Compare
Showing 1 to 4 of 4
MV Black pearl 1
MV Black pearl 2
Peak performance buoyancy
Categories
  • Education
    • Discover Scuba Diving & Other Experience Program
    • Emergency First Response
    • Free Diving
    • Go Pro
    • Openwater Courses
    • Refresher & Reactivate Program
    • Specialty Courses
    • Swim School
  • Environment
  • Equipment
    • Buoyancy Compensation Device (BCD)
    • Dive Accessories
    • Dive Boots
    • Diving Mask
    • Diving torches
    • Fins
    • Freediving
    • HP/LP Hoses
    • Rash Guard
    • Regulator
    • SCUBA Equipment Repair & Service
    • Scuba gear rental
    • Snorkeling Set
    • Swimwear
    • Used Items
    • Wetsuit
  • Experience
    • Bali
    • Dive Buddy Perhentian
    • Fresh Water Scuba Diving
    • Mabul Island, Sabah
    • MV Black Pearl
    • MV Sri Aman Liveaboard
    • Perhentian
    • Perhentian Campsite
    • Pulau Weh
    • Pusat Akuatik Darul Ehsan
    • Sand Dune Villa
    • Tioman Island
  • Lifestyles
    • Face Masks
    • Fisherman Pants
    • Graphic T-Shirt
    • Shoes
    • Social
Shop By Price
  • RM0 - RM49.99
  • RM50 - RM99.99
  • RM100 - RM299.99
  • RM300 - RM499.99
  • RM500 - RM999.99
  • RM1000 - Onwards

Information

  • FAQ
  • Terms & Conditions
  • Return & Refund Policy
  • About Us
  • Privacy Policy

Customer Service

  • Contact Us
  • Site Map

Extras

  • Tell A Friend
  • Brands
  • Gift Vouchers
  • Special Promotions
  • Latest Products
  • Bestseller
  • Featured Products

My Account

  • My Account
  • Order History
  • Receipt Upload
  • Wish List

Newsletter

We Accept:

Copyright © 2023 Dive Buddy Online Store. All rights reserved.eCommerce by Aqualight Motion