Penginapan Deluxe merupakan yang paling istimewa kerana di atasnya dibangunkan anjung tinjau berlantai papan untuk melihat keindahan pemandangan di sekeliling secara bird-eye-view.
Dari anjung tinjau, pengunjung boleh bersantai atau melihat keindahan suasana pantai dan sungai sambil menghirup udara segar.
Bagi yang berjiwa adventureous, anda dan rakan-rak an mungkin terfikir untuk bermalam di anjung tinjau sambil melihat bintang-bintang bertaburan di langit, sambil dihembus dengan angindari pantai.
Penginapan Deluxe ini dilengkapi dengan katil bersaiz Queen berlapis ( cadar, selimut tebal, bed protector), lantai vinyl bercorak kayu, televisyen digital, pemanas air, shower, penyangkut baju, coffe chair untuk berdua serta peti sejuk.
Keluarga besar atau yang datang dengan rakan-rakan, kami menyediakan penginapan jenis dorm yang boleh memuatkan sehingga sembilan orang.